Friday, 3 January 2014

Permulaan yang sederhana

Assalamualaikum, salam Jumaat, dan salam sejahtera kepada para pembaca yang berkunjung di website saya yang sederhana ini.

Alhamdulillah, setelah lama berfikir mengenai pengijazahan kepada pelajar-pelajar baru, tergerak hati saya untuk mengijazahkan keilmuan ini kepada sesiapa yang berminat, terutamanya sesiapa yang ingin mengubah kualiti hidup diri dan keluarga, insya Allah.

Selepas ini, saya akan mengembangkan jenis-jenis kursus yang berkaitan dengan kekuatan minda, kekayaan, pembelajaran dan lain-lain, insya Allah. Bagi saya, secara peribadinya, amat berbangga kerana dapat berkongsi ilmu-ilmu yang ada berdasarkan pengalaman hidup saya selama ini.

Wasalam..